Wednesday, August 18, 2010

Boleh dijadikan iktibar...


SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh al Zubaidi bahawa ada seseorang mencuba untuk menghancurkan kubah Nabi Muhammad SAW yakni kubah warna hijau di Masjid Aa Nabawi Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika orang itu mencuba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menyambarnya. Orang yang berniat jahat tersebut pun lantas mati di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah tersebut!

Ada juga yang mengatakan bahawa seorang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

Friday, August 6, 2010

Haul Syeikh Ahmad Asrori al Ishaqi


Alhamdulillah, sekali lagi saya diundang untuk memberikan sepatah dua kata di Pusat al Khidmah Singapura sempena Haul Syeikh Ahmad Asrori al Ishaqi di belakang Madrasah Al Saqqaf. Ini merupakan kali ketiga saya diundang untuk menyampaikan ilmu di Kota Singapura. Sambutan yang baik lagi ramah mesra daripada penduduk Singapura inilah yang membuatkan saya tertarik lagi untuk menghadirkan diri ke sana. Saya akan pergi pada hari Sabtu 25 Sya’ban yang tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia. Doakan saya agar perjalanan ini diberkati oleh Allah demi mengenalkan kekasihNya kepada hamba-hambaNya yang lain…

Saturday, July 24, 2010

Biografi Tokoh Sufi Yang Masyhur



"Beliau adalah merupakan seorang ulama' ahli sufi dan pejuang Islam yang terkenal. Sayyid Ahmad al Badawi RA telah berjuang dan melibatkan diri dalam perang Salib antara umat Islam dan orang-orang Krisitian pada ketika itu. Pada tahun 1248 Masihi, Sayyid Ahmad al Badawi RA bersama dengan sebahagian pengikutnya telah bergerak dengan semangat menuju ke kawasan tentera Salib yang berdekatan dengan Mansurah. Dengan kita membaca kisah-kisah beliau, akan datang semangat cintakan Islam. Ini kerana penting bagi kita untuk mengenal ulama' dan para wali Allah, mereka telah banyak menghabiskan usia dan waktu mereka demi kepentingan umat Islam.

Imam Sufyan ibn Uyainah
RA pernah berkata: "Hikayat-hikayat itu adalah satu batalion daripada batalion tentera-tentera Allah. Dengannya Allah menguatkan hati-hati para waliNYA".

Buku ini juga menyelitkan zikir-zikir, salawat-salawat dan qosidah ke atas Rasulullah SAW yang diilhamkan kepada Sayyid Ahmad al Badawi RA.

Bacalah dalam keadaan kamu mencintainya, pasti kamu akan merasakan hubungan kamu dengannya akan berhasil...

Buku terbaru cetakan kali ke-2


Buku ini sebagai panduan ilmu bagi sesiapa

yang ingin menziarahi Para Kekasih Allah