Friday, August 6, 2010

Haul Syeikh Ahmad Asrori al Ishaqi


Alhamdulillah, sekali lagi saya diundang untuk memberikan sepatah dua kata di Pusat al Khidmah Singapura sempena Haul Syeikh Ahmad Asrori al Ishaqi di belakang Madrasah Al Saqqaf. Ini merupakan kali ketiga saya diundang untuk menyampaikan ilmu di Kota Singapura. Sambutan yang baik lagi ramah mesra daripada penduduk Singapura inilah yang membuatkan saya tertarik lagi untuk menghadirkan diri ke sana. Saya akan pergi pada hari Sabtu 25 Sya’ban yang tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia. Doakan saya agar perjalanan ini diberkati oleh Allah demi mengenalkan kekasihNya kepada hamba-hambaNya yang lain…

1 comment:

  1. Alhamdulillah..smg perjalananmu ke S'pore utk berkongsi mutiara ilmu akan dirahmati oleh Allah swt..smg segalanya selamat..amin..

    ReplyDelete