Bulan Ramadhan adalah merupakan salah satu keistimewaan dan kelebihan umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan dan ini merupakan salah satu rukun di antara rukun-rukun Islam. Bulan Ramadhan al Mubarak adalah bulan yang penuh dengan rahmat, pengampunan, kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah Yang Maha Pemurah.
Oleh kerana itu, kita boleh melihat Rasulullah SAW bersiap sedia untuk menyambut bulan Ramadhan dari bulan Rejab lagi. Disebutkan bahawa apabila Rasulullah SAW memasuki bulan Rejab, Nabi SAW akan berdoa yang berbunyi, “Ya Allah! Berkatilah ke atas kami pada bulan Rejab dan Sya’aban serta panjangkanlah umur kami sehingga sampai ke bulan Ramadhan”. (Diriwayatkan oleh Imam al Baihaqi di dalam al Syu’ab).
Lihatlah kesungguhan Nabi SAW berdoa agar dapat menemui Ramadhan yang amat mulia. Adakah doa kita di bulan Rejab seperti doa Nabi SAW? Adakah kita tidak berasa ghairah seperti Nabi SAW yang berasa indahnya apabila ingin bertemu dengan bulan Ramadhan? Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang amat mengerti akan kadar kebesaran dan ketinggian serta keagungan bulan Ramadhan. Oleh sebab itulah, Nabi SAW mahu dipanjangkan umur agar dapat memasuki bulan Ramadhan supaya dapat melakukan ibadah, berpuasa, membaca al Quran serta menambahkan lagi ketaatan dan kesyukuran kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya seorang hamba mengetahui apa yang terkandung di dalam bulan Ramadhan, dan apakah sebenarnya Ramadhan itu, nescaya hamba itu akan berangan-angan agar satu tahun penuh dijadikan oleh Allah sebagai bulan Ramadhan”. (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Kabir).
Di antara amalan-amalan Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah:
1) Bangun Bersahur. Daripada Abu Zar RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sentiasalah umatku dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur”. Sunat bersahur sekurang-kurangnya dengan sedikit makanan kerana di dalam makan sahur itu terdapat keberkatan dan disunatkan bersahur dengan memakan kurma. Rasulullah SAW bersabda, ”Bersahurlah kamu kerana di dalam makan sahur itu terdapatnya keberkatan”.
2) Melambat-lambatkan Makan Sahur. Di dalam hadith sohih yang diriwayatkan oleh sahabat, ”Kami makan sahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri untuk bersembahyang Subuh. Jarak waktu di antara kedua-duanya (waktu Sahur dan masuk waktu Subuh) ialah selama membaca 50 ayat al Quran”. (Diriwayatkan oleh al Bukhari).
3) Sunat Menyegerakan Berbuka Puasa. Rasulullah SAW bersabda, ”Sentiasalah manusia itu berada di dalam kebaikan selama mereka bersegera berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”. Sunat berbuka puasa dengan rutab (kurma basah). Sekiranya tiada sebaiknya dengan tamar (kurma kering). Sekiranya tidak diperolehinya juga, maka seelok-eloknya berbukalah dengan air kerana di dalam hadith sohih menyatakan, “Bahawa Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum bersembahyang dengan 3 biji rutab. Jika tiada, maka Baginda SAW berbuka dengan 3 biji tamar. Sekiranya tiada juga, maka Baginda SAW berbuka dengan meminum 3 teguk air”.
Doa Rasulullah SAW ketika berbuka puasa:
Doa Rasulullah SAW ketika berbuka puasa dengan para Sahabat:
Disunatkan setelah berbuka puasa mengucapkan:
4) Sunat Meninggalkan Bersugi (Gosok Gigi) Setelah Tergelincir Matahari. Tidak makruh hukumnya sekiranya bersugi setelah masuk matahari (setelah masuk waktu berbuka).
5) Sunat Memperbanyakkan Sedekah Dan Memperluaskan Belanja Kepada Ahli Keluarga, Kaum Kerabat Dan Jiran. Ibnu Abbas RA berkata, “Rasulullah SAW merupakan orang yang paling pemurah. Baginda SAW lebih pemurah ketika berada dalam bulan Ramadhan ketika Baginda SAW ditemui oleh Jibril. Baginda SAW menemuinya pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan kerana bertadarus al Quran bersamanya. Maka sebenarnya Rasulullah SAW lebih pemurah dengan kebaikan daripada angin yang menghembus”.
Disunatkan pada bulan puasa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang lain sekali pun dengan kurma atau air. Tetapi yang paling afdal ialah mengenyangkan orang yang berbuka puasa. Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan pahalanya (pahala orang berpuasa yang diperolehinya) sedikitpun”. (Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi).
6) Memperbanyakkan Tadarus Al Quran. Iaitu saling membaca dan mendengar bacaan al Quran. Di dalam hadith yang sohih menyatakan, ”Malaikat Jibril datang menemui Nabi SAW pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, maka ia bertadarus al Quran bersama Nabi SAW”. (Tazkirah Ramadhan, oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki H: 60-68).
7) Memperbanyakkan Beriktikaf. Abu Sa’id al Khudri RA berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh pertengahan bulan Ramadhan sehingga malam ke-21 dan pada pagi harinya Baginda SAW keluar sambil bersabda, “Barangsiapa yang hendak beriktikaf, maka pilihlah pada sepuluh yang terakhir, ini kerana sesungguhnya aku telah diperlihatkan lailatul qadar kemudian aku dilupakannya. Oleh kerana itu, carilah lailatul qadar pada sepuluh hari terakhir terutama pada malam-malam ganjil”.
Melakukan iktikaf banyak-banyak terutamanya pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan kerana hadith yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari dan Muslim menyatakan, ”Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW menghidupkan malam tersebut dengan melakukan ibadah, Baginda SAW mengejutkan ahli keluarganya, lebih bersungguh-sungguh (mengerjakan ibadah) dan menguatkan ikatan kainnya”.
Ibnu Rejab RA mengatakan bahawa, “Antara sebab Rasulullah SAW melakukan iktikaf pada sepuluh malam terakhir ketika adanya malam lailatul qadar adalah untuk mengosongkan kesibukan Baginda SAW. Demi untuk mengosongkan hati Baginda SAW, Rasulullah SAW akan menyendiri dan bermunajat serta berdoa kepada Allah. Penuhkanlah waktu kita di bulan Ramadhan dengan ketaatan kepada Allah, dan tinggalkan perkara lalai yang membuatkan kita jauh dari pandangan rahmatNya. Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak daripada saya.

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ
”Ya Allah! Aku berpuasa keranaMu dan kini aku berbuka dengan rezeki daripadaMu”.
Doa Rasulullah SAW ketika berbuka puasa dengan para Sahabat:
أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُوْنَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ
”Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, telah makan makanan kamu orang-orang yang patuh lagi soleh dan telah berdoa ke atas kamu para malaikat”.
Disunatkan setelah berbuka puasa mengucapkan:
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ، اَللَّهُمَّ ذَهَبَ الظَّمْأُ وَبَتَلَتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى، يَا وَاسِعَ الْفَضْلِ إِغْفِرْلِي
“Ya Allah! BagiMu aku berpuasa dan dengan rezekiMu aku berbuka. Ya Allah! Telah hilanglah dahaga dan telah basahlah segala urat serta thabitlah pahala jika dikehendaki oleh Allah. Wahai Tuhan Yang Maha luas kurniaanNya, ampunilah dosa-dosaku”.
4) Sunat Meninggalkan Bersugi (Gosok Gigi) Setelah Tergelincir Matahari. Tidak makruh hukumnya sekiranya bersugi setelah masuk matahari (setelah masuk waktu berbuka).
5) Sunat Memperbanyakkan Sedekah Dan Memperluaskan Belanja Kepada Ahli Keluarga, Kaum Kerabat Dan Jiran. Ibnu Abbas RA berkata, “Rasulullah SAW merupakan orang yang paling pemurah. Baginda SAW lebih pemurah ketika berada dalam bulan Ramadhan ketika Baginda SAW ditemui oleh Jibril. Baginda SAW menemuinya pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan kerana bertadarus al Quran bersamanya. Maka sebenarnya Rasulullah SAW lebih pemurah dengan kebaikan daripada angin yang menghembus”.
Disunatkan pada bulan puasa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang lain sekali pun dengan kurma atau air. Tetapi yang paling afdal ialah mengenyangkan orang yang berbuka puasa. Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan pahalanya (pahala orang berpuasa yang diperolehinya) sedikitpun”. (Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi).
6) Memperbanyakkan Tadarus Al Quran. Iaitu saling membaca dan mendengar bacaan al Quran. Di dalam hadith yang sohih menyatakan, ”Malaikat Jibril datang menemui Nabi SAW pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, maka ia bertadarus al Quran bersama Nabi SAW”. (Tazkirah Ramadhan, oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki H: 60-68).
7) Memperbanyakkan Beriktikaf. Abu Sa’id al Khudri RA berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh pertengahan bulan Ramadhan sehingga malam ke-21 dan pada pagi harinya Baginda SAW keluar sambil bersabda, “Barangsiapa yang hendak beriktikaf, maka pilihlah pada sepuluh yang terakhir, ini kerana sesungguhnya aku telah diperlihatkan lailatul qadar kemudian aku dilupakannya. Oleh kerana itu, carilah lailatul qadar pada sepuluh hari terakhir terutama pada malam-malam ganjil”.
Melakukan iktikaf banyak-banyak terutamanya pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan kerana hadith yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari dan Muslim menyatakan, ”Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW menghidupkan malam tersebut dengan melakukan ibadah, Baginda SAW mengejutkan ahli keluarganya, lebih bersungguh-sungguh (mengerjakan ibadah) dan menguatkan ikatan kainnya”.
Ibnu Rejab RA mengatakan bahawa, “Antara sebab Rasulullah SAW melakukan iktikaf pada sepuluh malam terakhir ketika adanya malam lailatul qadar adalah untuk mengosongkan kesibukan Baginda SAW. Demi untuk mengosongkan hati Baginda SAW, Rasulullah SAW akan menyendiri dan bermunajat serta berdoa kepada Allah. Penuhkanlah waktu kita di bulan Ramadhan dengan ketaatan kepada Allah, dan tinggalkan perkara lalai yang membuatkan kita jauh dari pandangan rahmatNya. Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak daripada saya.
No comments:
Post a Comment