Musibah yang telah berlaku di Padang Indonesia baru-baru ini membuatkan ramai manusia insaf dan akur dengan kekuasaan Allah. Boleh dikatakan keseluruhan bandar Padang mengalami kerosakan yang terlalu teruk sehinggakan penduduk tempatan di sana kehilangan tempat tinggal, tiadanya makanan, terputusnya alat perhubungan, dan yang lebih menyayat hati, gempa bumi yang tidak mengira usia itu telah meragut ribuan nyawa-nyawa manusia. Dan sekarang mereka masih lagi tidur dan tinggal dalam khemah-khemah bantuan yang telah dihantar kepada mereka. Mereka masih berada dalam kebingungan dan terkejut dengan musibah yang menimpa negeri mereka itu.
Adakah gempa bumi itu tanda kemurkaan Allah terhadap mereka, atau hikmah yang berlaku disebaliknya. Marilah kita merenungi dan bermuhasabah, moga-moga Allah tidak memberikan kita ujian yang sampai peringkat kemungkinan kita tidak mampu untuk menghadapi dan menanggungnya. Ya Allah! Engkau rahmatilah dan lemparkanlah pandangan rahmat dan kasih sayangMu ke atas negara ini dan penghuninya. Rasulullah SAW telah bersabda, “Apabila Allah mengkehendaki kebaikan pada seseorang, maka diberikan kepadanya musibah”.
Imam al Qurtubi RA telah berkata dalam kitabnya Jami’ al Ahkam al Quran, “Makna musibah adalah segala sesuatu yang menimpa orang Mukmin dan sifat musibah itu menyakitkan atau menyulitkan”. Beliau berkata lagi, “Musibah adalah bencana yang menimpa manusia walaupun kecil dan kata-kata musibah ini digunakan untuk menyatakan suatu perkara yang mengandungi keburukan atau yang tidak menyenangkan seseorang Mukmin.
Telah disebutkan dalam kitab Jami’ al Ahkam al Quran, Jilid 2 halaman 118, telah berlaku satu peristiwa di zaman Rasulullah SAW. Ini disebutkan oleh Ikrimah dengan katanya iaitu, “Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba lampu yang digunakan oleh Baginda Rasulullah SAW telah terpadam. Lantas Rasulullah SAW mengucapkan, “Innaa lillahi wa Innaa ilaihi Raaji’uun (Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita akan kembali)”. Ini membuatkan para sahabat yang hadir ketika itu bertanya kepada Nabi SAW: “Ya Rasulullah! Apakah kejadian seperti ini juga digolongkan sebagai musibah? Nabi SAW menjawab, “Benar, apa sahaja yang menimpa orang-orang Mukmin yang sifatnya tidak menyenangkan termasuk musibah”.
Sesungguhnya ayat al Quran Innaa lillahi wa Innaa ilaihi Raaji’uun (Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita akan kembali)”, merupakan kalimat doa yang hanya diturunkan dalam syariat Islam. Sa'id bin Jubair RA pernah mengatakan, “Kalimat ini tidak pernah diberikan kepada para nabi sebelum Nabi Muhammad SAW”. Ini merupakan satu anugerah daripada Allah untuk umat Nabi Muhammad SAW.
Abdullah bin Kholifah RA berkata, “Suatu hari ketika Umar bin al Khattab RA berjalan-jalan, tiba-tiba selipar yang digunakan oleh beliau terlepas dari kakinya. Lalu beliau menyebut, “Innaa lillahi wa Innaa ilaihi Raaji’uun (Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita akan kembali)”. Aku bertanya, “Wahai Umar! Adakah terlepasnya selipar seseorang itu termasuk musibah? Umar RA menjawab, “Sungguh, segala sesuatu yang bersifat tidak menyenangkan bila menimpa seorang Mukmin itu termasuk musibah”.
Allah telah menerangkan di dalam al Quran bahawa orang-orang Mukmin itu akan diberikan dengan pelbagai ujian untuk mengangkat darjat keimanan mereka. Allah berfirman, “Dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. Al Baqarah: 155.
Segala musibah yang menimpa orang-orang Mukmin atau sebuah negara Islam itu hakikatnya adalah teguran dan peringatan daripada Allah agar merenungi kembali hubungan kita dengan Allah. Akan tetapi bila kita melihat dari sisi azab atau siksa seperti ada kaitan yang erat antara azab kecil iaitu azab yang berkaitan dengan dunia dengan azab besar iaitu azab yang berkaitan dengan agama atau akhirat.
Allah berfirman, Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat atau kecil (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat) mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar).
Al Sajdah: 21.
Tafsiran ayat ini, para ulama’ seperti Ubai bin Ka’ab RA, Ibrahim al Nakha’i RA dan Ibnu Abbas RA mengatakan bahawa maksud dari azab yang dekat dalam ayat tersebut adalah sesuatu tidak menyenangkan yang ditimpakan pada kaum Muslimin yang melakukan maksiat agar supaya mereka bertaubat dan kembali ke jalan al Quran dan Sunnah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Bagi seorang Mukmin yang beriman kepada Allah dan RasulNya, segala kejadian yang menimpa dan berlaku di alam semesta ini merupakan hikmah dan kasih sayang Allah, bahkan kejadian yang tidak menyenangkan atau menyulitkan sekalipun tetap merupakan secebis atau sebahagian dari kasih sayang Allah kepada para hambaNya.
Daripada Jabir bin Abdullah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Ketika orang yang tertimpa musibah dan sabar melihat pahala yang disiapkan oleh Allah bagi dirinya di akhirat, maka pastilah mereka berangan-angan untuk terus mendapat berbagai bentuk ujian dan musibah ketika di dunianya. Bahkan seandai dirinya ketika di dunia dahulu mendapat ujian dengan dibelah-belah tubuhnya pastilah akan diterimanya dengan bahagia.
Disebalik musibah itu ada kasih sayang daripada Allah………….

No comments:
Post a Comment